kraftangan
kraftangan merupakan barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan tanpa menggunakan peralatan yang cangih. Selain itu, kerja penghasilan kraftangan biasanya dikerjakan secara perseorangan dan secara kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya berkait dengan kepentingan kebudayaan dan warisan serta tradisi kaum.
Pasar Kraftangan ini dibuka setiap hari dari 9.00 am hingga 6.00 pm
Pasar kraftangan ini terletak di Jalan Merbau, Miri. Pasar kraftangan ini merupakan salah satu tempat pilihan para pelawat ataupun pengunjung dari penduduk tempatan dan pelancong luar. Terdapat pelbagai jenis kraftangan etnik Sarawak dijual di sini. Kepada yang minat dengan hasil buatan tangan bolehlah datang ke tempat ini.
Merupakan salah satu pasar kraftangan yang terkenal di Sarawak kerana terdapat pelbagai jenis kraftangan yang dihasilkan dengan tangan sendiri mengikut kreativiti seseorang.
Bagi para pengemar barang perhiasan seperti rantai, gelang, anting-anting bolehlah datang ke tempat ini . Untuk pengetahuan anda semua barang perhiasan ini dibuat daripada manik-manik yang sangat cantik dan Mempunyai bentuknya yang unik.
anting-anting
Ini juga merupakan salah satu barang perhiasan khususnya bagi para wanita.
keychain
Bagi yang berminat dengan keychain anda bolehlah dapatkannya dipasar ini. Di sini anda juga boleh mendapatkan dan juga membawa pelbagai cenderamata untuk keluarga dan rakan-rakan yang menantikan kedatangan anda. Boleh didapati dalam pelbagai bentuk, jenis dan harga yang murah. Tempat ini juga sesuai kepada seseorang yang hobinya suka mengumpul keychain
bakul rotan
Sarawak adalah negeri yang kaya dengan sumber semulajadi. Bahan-bahan untuk anyaman ini boleh didapati dengan mudah seperti rotan, buluh, daun nipah, mengkuang dan buluh bemban. Bahan-bahan ini telah diubah menjadi barang-barang yang amat berguna seperti bakul,terendak dan tikar. Bakul-bakul ini dibuat dalam pelbagai bentuk dan aneka yang menarik. Sebahagian daripada barang-barang ini ia memiliki fungsi yang khas dan tersendiri dalam upacara-upacara keagamaan. Kebiasaanya dalam majlis perkahwinan.
Bakul adalah bekas yang sering digunakan untuk membawa dan meletakkan barang. Apa yang uniknya ialah setiap bakul mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu :
- bercucuk tanam
- menuai
- menyimpan paku-pakis
- menyimpan barangan peribadi
Menganyam bakul bukan sahaja untuk kegunaan seharian malah menurut masyarakat iban kemahiran menganyam bakul yang cantik akan menaikkan taraf seseorang wanita itu di dalam masyarakatnya. Adat ini diperkayakan lagi oleh kehadiran pelbagai kumpulan etnik di Sarawak. Bakul dan hasil anyaman setiap etnik memiliki corak khas mengikut cara tersendiri.
Sape
Sape merupakan alat muzik tradisional yang berbentuk gitar yang berasal dsri Sarawak. Alat muzik ini sering digunakan ataupun dimainkan oleh suku kaum etnik Kenyah, Kayan, Kelabit dan Iban. Alat ini diperbuat daripada kayu meranti. Alat muzik ini menghasilkan irama yang sungguh lembut dan tenang sesuai dengan latar belakang hutan tropika di Borneo.
Pakaian Suku Kaum Iban
Pakaian OrangUlu
Pakaian Suku Kaum Lun Bawang/ Lun Dayeh
Keunikan pakaian kaum etnik Sarawak terserlah dengan ragam hias yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragam hias pada pakaian membentuk motif-motif etnik sama ada dari tenunan, jalinan manik dan labuci. Baju tradisional dan barang perhiasan ini juga harus seragam ketika berpakaian dan sesuai dengan warna jalinan manik. Kebiasaanya pemakaian baju tradisional ini juga diamalkan dalam upacara perkahwinan mengikut etnik masing-masing.
Pelepet
Hasil dari tangan sendiri tidak pernah menyiakan kerana dengan kemahiran tersendiri dapat membantu menjadi seorang usahawan yang terkenal.
Peralatan ini dipanggil pelepet yang biasanya diberikan kepada saudara lelaki dalam upacara perkahwinan. Pemberian pelepet ini wajib diberikan kepada saudara lelaki sebelah pengantin lelaki maupun saudara lelaki sebelah pengatin perempuan. Ini melambangkan ikatan persaudaraan yang berkekalan mengikut adat masing-masing.
No comments:
Post a Comment